Sudah habis air mata aku
Sudah habis kata-kataku
Sudah habis semangat dalam hatiku
Sudah putus asa daku
Sudah putus harap aku
Tetapi
Orang yang melahirkan aku tahu semuanya
Rasa apa yang aku rasa
Walaupun sejauh mana ku sembunyikan perasaan ku ini
Ibu, maafkan aku kerana membuatkan kamu menangis
Ibu, maafkan aku kerana aku putus harap juga akhirnya
Tetapi Ibu,
Aku pasti aku akan habiskan sisa perjalanan tahun pertama ku ini dengan baik dan cemerlang
Aku berjanji pada diriku sendiri
Ibu katakan
Ibu doakan pada aku setiap masa setiap waktu
Ibu doakan aku berjaya
Ini doa ibu
Ibu tahu aku kuat
Ibu tahu aku boleh dan daya ku tinggi untuk mencapai kejayaan
Ibu kata kuatkan semangat daku
Kuatkan!
Bukan kerana die
Tapi kerana Allah
Allah sahaja penolongku
Bukan ibu dan bukan sesiapa jua
Doakan Segalanya pada Allah
Ini ujian Allah
Doa orang yang solat dan membaca Al-quran takkan Allah hampakan
Ya Allah, tolonglah aku
Tolonglah aku..aku merayu padamu
Berikan secebis kekuatan daripada kekuatanMU
kurniakanlah aku pemikiran yang baik
Permudahkan lah perjalanan hidupku di sini
Ibu, aku akan lakukan apa yang baik untuk Allah dan untuk dirimu
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih Ibu...
Sunday, 19 October 2008
Tuesday, 14 October 2008
Istikarah
Yakin kah kita dengan perhitungan Allah?
Yakin kah kita dengan janji Allah?
Yakin kah kita Allah sentiasa berikan yang terbaik buat kita?
Yakin kah kita Allah dekat dengan kita?
Sesungguhnya Allah berfirman : Dekatnya Aku dengan hamba Ku lebih dekat lagi dari urat leher mereka...
Yakin kah kita dengan makna istikarah?
Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu, dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu. Aku meminta dariMu dengan kelebihanMu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamuk, duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamu dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan dattang maka elakkannya dariku, dan elakkan dariku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.
Ya Allah bukakan pintu hatiku ini sperti mana orang-orang yang arif..
Ya Allah, janganlah Kau bebankan ku bebanan yang berat sebagaimana yang telah Kau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada diriku..
Ya Allah, janganlah Kau pikulkan apa yang tidak terdaya aku memikulnya..
Ya Allah, jadikanlah urusan ku ini mendapat tempat di sisiMu dan hambaMu sekaliannya..
Ya Allah, kuatkan hatiku yang kecil ini...Amin

Subscribe to:
Posts (Atom)