Sudah habis air mata aku
Sudah habis kata-kataku
Sudah habis semangat dalam hatiku
Sudah putus asa daku
Sudah putus harap aku
Tetapi
Orang yang melahirkan aku tahu semuanya
Rasa apa yang aku rasa
Walaupun sejauh mana ku sembunyikan perasaan ku ini
Ibu, maafkan aku kerana membuatkan kamu menangis
Ibu, maafkan aku kerana aku putus harap juga akhirnya
Tetapi Ibu,
Aku pasti aku akan habiskan sisa perjalanan tahun pertama ku ini dengan baik dan cemerlang
Aku berjanji pada diriku sendiri
Ibu katakan
Ibu doakan pada aku setiap masa setiap waktu
Ibu doakan aku berjaya
Ini doa ibu
Ibu tahu aku kuat
Ibu tahu aku boleh dan daya ku tinggi untuk mencapai kejayaan
Ibu kata kuatkan semangat daku
Kuatkan!
Bukan kerana die
Tapi kerana Allah
Allah sahaja penolongku
Bukan ibu dan bukan sesiapa jua
Doakan Segalanya pada Allah
Ini ujian Allah
Doa orang yang solat dan membaca Al-quran takkan Allah hampakan
Ya Allah, tolonglah aku
Tolonglah aku..aku merayu padamu
Berikan secebis kekuatan daripada kekuatanMU
kurniakanlah aku pemikiran yang baik
Permudahkan lah perjalanan hidupku di sini
Ibu, aku akan lakukan apa yang baik untuk Allah dan untuk dirimu
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih Ibu...
Sunday, 19 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment